Salam sejahtera murid-murid, hari ini kita akan belajar tentang kata adjektif ukuran. Kata adjektif ukuran ialah kata yang menerangkan ukuran sesuatu. Contoh: tinggi, rendah, besar dan kecil.
Kata adjektif ukuran pertama ialah panjang dan pendek. Contoh ayat bagi kata adjektif ukuran ini ialah: Encik Razif memakai seluar yang panjang. Encik Ah Meng pula memakai seluar yang pendek.
Kata adjektif ukuran kedua ialah tinggi dan rendah. Contoh ayat bagi kata adjektif ukuran ini ialah: Encik Razif lebih tinggi daripada Encik Ah Meng. Baiklah murid-murid, setakat ini saja penerangan cikgu. Sila buat latihan dalam buku teks muka surat 50.
Over 30 Million Storyboards Created
No Downloads, No Credit Card, and No Login Needed to Try!