Search
  • Search
  • My Storyboards

Cara Membuat Keropok Lekor

Create a Storyboard
Copy this Storyboard
Cara Membuat Keropok Lekor
Storyboard That

Create your own Storyboard

Try it for Free!

Create your own Storyboard

Try it for Free!

Storyboard Text

  • Pernah dengar tentang keropok lekor?
  • Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat keropok lekor ialah ...
  • BAHAN-BAHAN:1. Isi ikan2. Garam3. Lada sulah4. Tepung ubi 5. Tepung gandum6. Minyak masak
  • Mari kita lihatproses pembuatan keropok lekor.
  • Kisar ketulan isi ikan yang telah pun dibukukan.
  • Mengadun kisaran itu dengan bahan-bahan yang telah disediakan.
  • Keropok lekor merupakan sejenis makanan ringan yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.Keropok lekor ataupun lebih dikenali sebagai keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia,khususnya di negeri Terengganu.Perkataan lekor yang bermaksud lingkar dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan ar kepada or di akhir suku kata.
  • Proses merebus keropok lekor dijalankan selama 30 minit.
  • Jenis-jenis ikan yang biasa digunakan untuk memproses keropok ialah ikan tamban, kerisi, parang, selayang, conor, lolong bara, biji nangka dan lain-lain.
  • Seterusnya,prosespembentukankeropok lekorbermula.
  • Membentuk keropok lekor dengan panjang.
  • Setelah dibentuk, keropok lekor akan dimasukkan dalam bekas.
  • Kebanyakan pengusaha keropok lekor ini menggunakan isi ikan sejuk beku kerana ianya lebih mudah dan dapat menjimatkan masa proses pembuatan.Langkah yang pertama bagi proses pembuatan keropok lekor ini ialah proses mengisar.Sebelum memulakan proses pengisaran ini, isi ikan sejuk beku yang digunakan akan dipotong terlebih dahulu supaya proses seterusnya mudah untuk dijalankan lalu dikisar sehingga lembut dan diadun selama 10-15 minit.
  • Proses pemotongan keropok dijalankan dan dimasukan dalam plastik.
  • Setelah itu, proses merebus keropok lekor pula akan dijalankan.Proses merebus keropok lekor ini mengambil masa selama setengah jam.Selepas setengah jam direbus,keropok lekor tersebut diangkat dan ditoskan seketika terlebih dahulu. Setelah ditoskan, keropok lekor tersebut dimasukkan kembali ke dalam bekas untuk ke proses seterusnya.
  • Setelah direbus,keropoklekor akan ditoskanseketika.
  • Proses pembentukan keropok lekor ini mempunyai berat dan panjang yang telah ditetapkan oleh pengusaha keropok lekor masing-masing.Kebiasannya panjang setiap keropok lekor ini sekitar 24 inchi dan berat sekitar 500gram.Setelah keropok lekor diadun dan juga dibentuk, keropok lekor tersebut diletakkan ke dalam satu bekas.
  • Seterusnya, proses pemotongan keropok lekor dijalankan mengikut saiz yang ditetapkan oleh para pengusaha.Keropok lekor yang telah siap dipotong akan dimasukkan ke dalam plastik mengikut pesanan pelanggan dan sedia untuk penghantaran mengikut pesanan.
Over 30 Million Storyboards Created