Search
  • Search
  • My Storyboards

an hour of life

Create a Storyboard
Copy this Storyboard
an hour of life
Storyboard That

Create your own Storyboard

Try it for Free!

Create your own Storyboard

Try it for Free!

Storyboard Text

  • Slide: 1
  • Kafe yang Tenang
  • Sarah duduk sendirian di kafe, menikmati kopi. Teleponnya berdering, mengejutkan.
  • Slide: 2
  • Mesej Mengerikan
  • UNKNOWN
  • Kau ada masa satu hari lagi untuk hidup.
  • 10.00 A.M.
  • Sarah membaca mesej: "Kau hanya ada masa satu hari lagi untuk hidup".
  • Slide: 3
  • Panik di Jalan
  • Dilanda panik, Sarah melarikan diri dari kafe, kenangan masa lalunya terbayang dalam fikirannya.
  • Slide: 4
  • Panggilan Ibu
  • Dengan air mata yang mengalir, Sarah menghubungi ibunya, memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah dilakukannya, suaranya bergetar dengan rasa bersalah.
  • Slide: 5
  • Bertemu dengan Rakan-Rakan
  • Sarah memberitahu rakan-rakannya tentang berita mengejutkan itu. Mereka terkejut dan tidak dapat menerima hakikat yang Sarah sampaikan.
  • Slide: 6
  • Memori Rakan-Rakan
  • Berazam untuk memanfaatkan masanya yang tinggal, Sarah mengajak rakan-rakannya ke restoran kegemaran mereka, ingin mengimbau kenangan manis bersama.
  • Slide: 7
  • Taman yang indah
  • Sarah kemudian pergi ke taman kegemarannya, berjalan di antara pepohonan, menikmati keindahan tempat itu, mungkin untuk kali terakhir.
  • Slide: 8
  • Kedai Snek
  • Sarah singgah di kedai snek kegemarannya, menikmati kegembiraan kecil yang pernah memberikannya kebahagiaan.
  • Slide: 9
  • Pantai Klebang
  • Di pantai, dia duduk sendirian, merenung ke arah lautan, memikirkan nasibnya dan betapa singkatnya hidup ini.
  • Slide: 10
  • Malam yang Resah
  • Malam itu, Sarah tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya berkecamuk dengan pelbagai persoalan tentang yang tidak diketahui, tentang pengakhiran yang terasa semakin hampir.
  • Slide: 11
  • Makanan Kegemaran
  • Dia menikmati hidangan kegemarannya buat kali terakhir, setiap suapan dipenuhi dengan rasa manis dan pahit yang mendalam.
  • Slide: 12
  • Minit Terakhir
  • Minit-minit terakhir tiba. Sarah menarik nafas dalam-dalam, bersiap sedia untuk menghadapi apa yang bakal berlaku.
  • Slide: 13
  • Perkara tidak dijangka
  • Tiba-tiba, dia terjaga dari tidurnya, jantungnya berdegup kencang. Semua itu hanyalah mimpi—mimpi yang terasa begitu nyata dan menakutkan.
  • Slide: 14
  • Meloncat Kegembiraan
  • Sarah melompat dari katilnya, dipenuhi dengan kegembiraan. Rasa syukur yang mendalam menyelubungi dirinya; dia diberi peluang kedua untuk hidup.
  • Slide: 15
  • Kembali ke Kampung Halaman
  • Tanpa berlengah, Sarah mengemas barang-barangnya dan berangkat dari Melaka ke kampung halamannya, tidak sabar untuk bertemu ibu bapanya.
  • Slide: 16
  • Rumah ku Syurga ku
  • Dia bertemu ibu bapanya, memeluk mereka dengan erat. Sarah bersyukur kerana masih mempunyai keluarga yang bahagia dan sedar betapa berharganya hidup dan masa bersama mereka.
Over 30 Million Storyboards Created