Hai, hari ini kita akan belajar Animasi 3D.. Ok sebelum tu, siapa tahu konsep Animasi 3D?
Oh apa yang saya faham.. animasi 3D ini ada lebar, tinggi dan kedalaman.
Saya, Sir.. Kaedah yang digunakan ialah permodelan, pemetaan, pencahayaan, penggunaan kamera, animasi dan proses rendering.
Ok, Animasi 3D ini juga adalah manipulasi imej dan objek 3D dalam bentuk animasi.. dan ia juga menggunakan 5 kaedah.. boleh sesiapa beritahu apa nama kaedah itu?
Ok, Proses menghasilkan Animasi 3D ada 3 langkah.. Fasha, boleh awak jelaskan 3 langkah itu?
Ok baiklah, Sir..3 langkah itu ialah Fasa Pra Penerbitan, Fasa Penerbitan dan Fasa Pos Penerbitan.
Ok sebelum menghasilkan animasi 3D,ada 5 langkah.. boleh kamu beritahu apa?
Saya tahu, Sir.. 5 langkah itu ialah menyediakan skrip,menyediakan papan cerita, menetapkan watak, rekabentuk prop dan latar belakang.
Ok betul tu.. animasi 3D juga ada 2 jenis papan cerita.. iaitu papan cerita statik dan animatik. Tambahan pula, animasi 3D diaplikasikan dalam bidang Pendidikan, Senibina, Kejuruteraan, Latihan dan Simulasi, Penyiaran, Hiburan dan Perubatan.
Saya, Sir.. Animasi 3D dapat menyampaikan sesuatu mesej dengan cepat..Mesej mampu diterima. disimpan dan kekal dalam ingatan manusia.
Ok boleh sesiapa beritahu kelebihan Animasi 3D ini?
Animasi 3D ini juga mampu menyampaikan sesuatu yang kompleks dan mudah, Ia juga dapat mencipta sesebuah keadaan yang sukar dilakukan.
Over 30 Million Storyboards Created
No Downloads, No Credit Card, and No Login Needed to Try!