Storyboard Description
Klimaks/puncak cerita – Formula ciptaan Zahar hilang. Zahar dan Fikri
melakukan siasatan. Hasil siasatan yang dilakukan mereka mendapati bahawa
Ripinlah yang bertanggungjawab. Zahar dan Fikri ke balai polis untuk membuat
laporan.
Peleraian – Zahar berjaya mencipta formula MONPUS gabungan ekstrak cecair
antara Morgan dan Pus Pus. Formula ciptaan Zahar berjaya menghapuskan ulat-ulat
bulu di Kampung Maju Jaya. Ripin pula telah ditangkap oleh pihak polis atas jenayah
yang dilakukannya. Cerita berakhir dengan kegembiraan apabila Zahar berjaya
menerima Anugerah Sains Negara yang disampaikan oleh ayahnya sendiri. Zahar juga
berjaya memperoleh Biasiswa Kerusi Canselor daripada Universiti Oxford London.
Kegembiraan Zahar makin bertambah apabila ayahnya melamar ibunya semula.