Oleh sebab kekurangan bekalan makanan, pengganas komunis terpaksa bercucuk tanam bagi menampung bekalan makanan mereka di dalam hutan
Kita perlu lakukan ini demi menampung hidup. Jika tidak, kita akan ketiadaan bekalan makanan
Setelah mendapat maklumat, pasukan keselamatan melancarkan semburan racun ke atas tanaman tersebut. Pasukan keselamatan juga dikerah untuk tinggal di hutan bagi memburu pengganas komunis
Kita sudah tahu kelemahan mereka
Sebelum ini, kerajaan telah menandatangani perjanjian kerjasama polis sempadan dengan kerajaan Thailand pada tahun 1949. Kerjasama ini telah membolehkan pasukan keselamatan memburu pengganas komunis walaupun melepasi sempadan negara.
Kita akan lakukan apa sahaja untuk hapuskan mereka
Terima kasih kerana bekerjasama.
Dato ' Onn Jaafar turut menyeru rakyat untuk membantu kerajaan bagi menghapuskan komunis daripada Tanah Melayu
Kita perlu bersatu bagi menghapuskan pengaruh komunis di Tanah Melayu. Ia juga akan membantu mengamankan Tanah Melayu kita
Akhirnya, usaha rakyat dan kerajaan berjaya melemahkan pengaruh komunis. Pengganas komunis juga menderita apabila sering diburu oleh pasukan keselamatan
Ini padahnya
Pengampunan beramai-ramai
Untuk menggalakkan lagi pengganas komunis menyerah diri, pihak kerajaan telah bertindak menggugurkan risalah-risalah ke dalam hutan. Selain itu, Radio Malaya turut menyiarkan syarat-syarat bagi tawaran pengampuan.
Over 30 Million Storyboards Created
No Downloads, No Credit Card, and No Login Needed to Try!