Masih lagi berleluasa isu tentang buli ini.Bukan sahaja di asrama, malah di sekolah biasa pun, masih ramai yang menjadi mangsa. Setiap hari, ada pelajar yang datang ke sekolah dengan rasa takut, kerana dibuli oleh rakan sendiri.Apa yang lebih menyedihkan, ramai yang memilih untuk diam sebab takut tidak akan dipercayai atau takut keadaan jadi lebih teruk.
Slide: 2
Kita semua tahu tentang kes yang tular baru-baru ini, seperti apa yang berlaku kepada Zara Qairina.Kejadian tu membuka mata kita semua bahawa buli bukan perkara kecil.Ia boleh rosakkan emosi, keyakinan diri, dan dalam kes yang lebih tragis… meragut nyawa seseorang.Bayangkan kalau kita berada di tempat mereka rasa dipinggirkan, dihina, dan tiada siapa yang peduli.
Slide: 3
Kalau nampak seseorang dibuli, jangan hanya tengok tegur, laporkan, bantu. Kadang-kadang, satu tindakan kecil pun boleh ubah hidup seseorang. Jangan biarkan ‘gurauan’ jadi alasan untuk menyakiti orang lain.Ingat! setiap orang berhak rasa selamat dan diterima.Jadi, hentikan buli sebelum terlambat.
Over 40 Million Storyboards Created
No Downloads, No Credit Card, and No Login Needed to Try!