Search
  • Search
  • My Storyboards

Scene 1: Peniaga yang Tidak Bertanggungjawab (2)

Create a Storyboard
Copy this Storyboard
Scene 1: Peniaga yang Tidak Bertanggungjawab (2)
Storyboard That

Create your own Storyboard

Try it for Free!

Create your own Storyboard

Try it for Free!

Storyboard Text

  • Assalamualaikum dan maaf mengganggu encik. Saya nak tanya kenapa harga dan makanan yang disediakan oleh pihak restoran tidak sama dengan poster?
  • Untuk pengatahuan adik, poster itu ialah poster yang lama, jadi adik kena terima kenyataan dan jangan serabutkan kepala otak saya.
  • Berdasarkan perbualan tadi, Amin mendapati bahawa pemilik restoran merupakan seorang muslim yang tidak menghormati pelanggan dan melanggar beberapa konsep halalan toyyiban yang sepatutnya diterapkan dalam urusan penyediaan makanan bagi orang Islam. Amin kemudiannya membuat laporan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan isu yang dihadapinya.
  • Assalamualaikum tuan. Saya yang membuat aduan bahawa restoran ini yang telah melanggar peraturan.
  • Wa'alaikumussalam. Baik adik, kami akan membuat pemeriksaan di restoran ini.
  • Setelah pegawai JAKIM membuat pemeriksaan pada restoran tersebut, pemilik restoran tersebut didapati bersalah dan sijil halal restoran telah ditarik balik.
  • Pihak kami akan menggantung sementara sijil halal dan restoran ini diarahkan tutup dua minggu kerana beroperasi dalam persekitaran yang kotor dan tidak bersih.
  • Saya ingin meminta maaf atas segala kesalahan yang saya lakukan. Saya berjanji tidak akan melakukan perkara ini pada masa depan.
  • Konsep Halalan Toyyiban bukan sekadar terhindar daripada makanan haram, tetapi konsep ini juga amat mementingkan kebersihan dan kesuciannya dalam penyediaan makanan. Oleh itu, pengguna juga dinasihatkan agar memilih premis makanan yang bersih serta dinasihatkan untuk membuat aduan jika terdapat masalah tentang keselamatan makanan.
Over 30 Million Storyboards Created