Search
  • Search
  • My Storyboards

"Sekeping Tanah"

Copy this Storyboard
"Sekeping Tanah"
Storyboard That

Create your own Storyboard

Try it for Free!

Create your own Storyboard

Try it for Free!

Storyboard Text

  • Ah! Nak uruskan macam mana? Jual sudah. Bahagi-bahagikan duit.
  • Tanah itu cuma sekeping. Sebab itu kita kena uruskan sebaik-baiknya..
  • Habis, kamu nak buat apa? Nak majukan? Dengan apa? Kamu ada dana? Halimah ada duit?
  • Jual senang bang,sekarang pun kalau kita pacakkan iklan nak jual tanah itu, tak terjawab telefon rumah abang ni.
  • Kak Halimah terasa rimas, dia duduk rumah pusaka, tanah itu pun belum selesai. Dia bimbang kalau dia mati nanti, anak-anaknya pula tinggal di situ.
  • Nanti anak-anak saya, anak-anak abang akan persoalkan. Itu tanah pusaka, mana boleh main milik begitu saja?
  • Sebab itu aku kata jualkan saja. Habis cerita. Aku dua bahagian, kamu dua bahagian. Halimah satu bahagian. Itu hukum faraid.
  • Aku dah dengar cadangan kamu tu. Aku tak setuju. Payah.
  • Kita boleh majukan bang. Syer dikira peratus ikut hukum faraid juga. Syer itu akan turun nanti kepada anak-anak kita. Juga ikut hukum. Lalu tanah itu tidak bertukar tangan.
  • Tapi apa? Tak usahlah kamu duk perah otak kamu yang hanya pemandu teksi itu. Tak sampai ke mana pun.
  • Memang payah sikit, bang. Tapi...
  • Kamu cakap saja pandai, buat tak tahu.
  • Saya sedar bang, saya tiada kelulusan tinggi. Tapi saya tahu pandang masa hadapang, bang.
  • Tak payah susah-susah, Syam. Jualkan saja. Berjuta-juta harga tanah ayah tu.
  • Benar bang, saya tak tahu, tapi Kak Halimah ada kelulusan bang. Dia boleh uruskan harta itu dengan baik, bang.
  • Lalu?
  • Kalau tanah tu jadi wang, wang tak akan kekal.Sebanyak mana pun wang, wang akan habis.
  • Kamu ada duit?
  • Duit boleh pinjam dengan bank.
  • senang kamu cakap, pinjam dengan bank. Kamu tak nampak dah berapa lot tanah di situ tergadai ke bank kerana tak jelas hutang?
  • Nampak, tapi itu salah pengurusan. Bukan salah tanah.
  • Halimah juga sependapat dengan kamu?
  • Habis tu, kamu tak fikir itu semua?
  • Saya dah fikir. Saya dah bincang dengan Kak Halimah. Itu yang saya datang jumpa abang ni
  • ya bang.
  • Nak serahkan kepada orang lain yang kita lantik, begitu?
  • Kamu nak urus? Kelulusan apa kamu ada? Dengan bawa teksi,boleh kamu uruskan projek tu?
  • Saya sedar bang. Saya tak ada kelulusan. Tapi pengurusan boleh diusahakan.
  • Tidak. Tapi Kak Halimah akan uruskan.
  • Aku tahu. Jadi banknya setuju berikan pinjaman, begitu?
  • Dia perempuan. Lagipun anak-anaknya bernafsu besar. Tak percaya aku.
  • Tak kira bank mana pun. Tapi dia akan uruskan projek tu.
  • Kak Halimah pengurus bank sekarang. Sebuah bank boleh Kak Halimah uruskan, inikan pula syarikat keluarga. Bukan abang tak tahu.
  • Aku kata aku tak yakin.
  • Kau pening kepala nanti?
  • Apa, dalam hati abang rasa tak yakin pada Kak Halimah?
  • Orang lain boleh yakin dan percaya kepada kemampuan Kak Halimah, kenapa abang sendiri tak?
  • Yalah nak uruskan syarikat kelluarga ni ada masalah nya Harun. Memeningkan kepala.
  • Aku sebut saja. Kok-kok nanti pening kepala. Serba salah jadinye.
  • Tapi cakap abang tu macam itu maksudnye.
  • Saya tak faham maksud abang ni?
  • Pandai kamu bercakap. Atau kamu sindirkan aku?
  • Lalu di mata batinnya muncul wajah dua orang anak lelakinya. Saleh dan Musa. Dua orang anak lelakinya ini membawa masalah dalam keluarganya. Dua orang anak lelakinya itu memeningkan kepalanya. Dua orang anak lelakinya tamakkan duit. Dua anak lelakinya itu memalukannya. Saleh asyik keluar masuk lokap polis kerana terlibat dengan penagihan dadah. Saleh juga pernah keluar masuk pusat serenti tetapi dia terus juga menagih. Musa terlibat dengan keseronokan anak-anak muda dengan motosikal. Musa beberapa kali ditahan kerana terlibat dengan lumba haram. Beberapa kali juga Musa masuk =dan keluar lokap polis. Beberapa kali pula dia sendiri ke balai polis mengeluarkan anaknya itu..
  • Hisyam diam. Dia tahu abangnya itu terasa kerana dua orang anak lelaki abangnya tidak menjadi. Tiga orang anaknya sendiri, walaupun dia hanya pemandu teksi, semuanya menjadi. Zaki yang sulung berada di luar negara sekarang. Zaki mahu jadi pakar jantung. Linda sudah jadi pensyarah fizik di universiti. Nora yang bongsu sekarang berada dalam tahn akhir di universiti. Dia mengambil bidang penyiaran.
  • Hisyam melihat kondo tempat tinggalnya yang dua puluh tiga tingkat, Tanah tapaknya tidak seluas mana. Dia membeli kondonya itu dengan harga tiga ratus ribu lebih. Melihat pengurusan kondo tempat tinggalnya, dia terasa ingin memajukan tanah pusaka orang tuanya.
  • Itu keputusan aku.
  • Sudah, tak usah kamu angan-angan nak jadi usahawan. Jualkan saja tanah tu. Habis cerita. Kepala tidak pening.
  • Hisyam lalu keluar dari rumah abangnya itu...
Over 30 Million Storyboards Created
No Downloads, No Credit Card, and No Login Needed to Try!
Storyboard That Family