Hai, nama saya Alif. Saya berumur 8 tahun dan ini kisah saya.
Hai, nama saya Sofea.
Hai, saya Haris.
Alif berumur 8 tahun dan merupakan pelajar berkeperluan khas. Alif mempunyai masalah pendengaran. Mari kita lihat kehidupan Alif dalam menjalani kehidupan sehariannya sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.
Ini ibu dan bapa Alif. Ibu Alif bekerja sebagai Guru dan bapanya bekerja sebagai Jurutera.
Abang !! Saya baru pulang dari klinik, dan Doktor sahkan saya mengandung.
Betul ke sayang ? Alhamdulillah penantian kita selama 5 tahun ini tak sia-sia.
Alif tinggal bersama kedua ibu bapanya dan Alif sangat disayangi oleh kedua ibu bapanya walaupun Alif mempunyai kekurangan.
Haris dan Sofea berkahwin hampir 13 tahun dan mereka hidup bahagia. Mereka mengambil masa selama 5 tahun barulah mereka dikurniakan Alif.
Setelah penantian selama 5 tahun, Sofea disahkan mengandung.
Haris menjaga Sofea bagai menatang minyak yang penuh. Segala kerja rumah seperti memasak dan mengemas rumah dilakukan oleh Haris.
Genap 9 bulan, Sofea selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel dan diberikan nama Alif. Mereka sangat gembira.
Alif menjadi penyeri dalam kehidupan Haris dan Sofea. Dengan kehadiran Alif, mereka berasa sangat gembira.
Haris dan Sofea juga selalu membawa Alif bersiar di luar rumah walaupun mereka sibuk dengan kerja masing-masing.
Alif, ini apa ?
......
Abang, saya risau melihat keadaan Alif. Saya melihat keadaannya tidak seperti kanak-kanak biasa.
Tidak seperti kanak-kanak biasa macam mana tu ? Dah la tak perlu fikir yang bukan-bukan. Perasaan awak je tu.
Anna, saya rasa anak saya mempunyai masalah pendengaran.
Genap usia 2 tahun, Sofea merasakan kelainan pada Alif. Sofea melihat Alif seperti tidak menghiraukan percakapannya. Dan apabila Sofea menanyakan soalan kepada Alif, Alif tidak menjawabnya.
Apa yang membuatkan kamu rasa sebegitu ?
Sofea merasa bimbang dan dia memberitahu kepada suaminya tentang perkara tersebut. Namun suaminya menganggap remeh akan hal tersebut.
Dia tidak mempedulikan saya apabila dipanggil dan ada juga tanda tanda lain.
Saya rasa awak patut membawanya berjumpa audiologis untuk kepastian dan mendapatkan intervensi awal.
Sofea tidak berpuas hati dengan jawapan suaminya. Keesokan harinya dia mengambil keputusan untuk bertanya pendapat kepada kawannya, Anna.
Baiklah. Terima kasih Anna untuk cadangan itu.
Ya, sama-sama.
Begini Dr, saya rasa anak saya ada masalah pendengaran.
Ya Puan, ada apa yang boleh saya bantu ?
Baiklah Doktor.
Okay, kalau begitu kita harus melakukan ujian saringan.
Keesokkan harinya, Sofea pergi ke hospital membawa Alif untuk mendapatkan rawatan.
Keesokkan harinya, Sofea pergi ke hospital membawa Alif unutk mendapatkan rawatan.
Setelah melakukan ujian saringan dan beberapa intervensi, Doktor mengesahkan Alif mempunyai masalah pendengaran tahap sederhana. Alif menggunakan alat bantu dengar belakang telinga untuk memudahkan urusan sehariannya.
Alif okay, pa.
Alif, macam mana keadaan hari ni ?
Hmm, Alif main dalam rumah je la.
Mama, boleh tak Alif keluar bermain di taman ?
Okay mama izinkan. Jangan balik lewat.
Tapi Alif nak main dengan kawan kawan. (sambil menangis)
Setelah beberapa tahun menggunakan alat bantu dengar tersebut, Alif semakin selesa dan mudah untuk berkomunikasi.
Hai, kawan-kawan !
Eh Alif. Buat apa kat sini ?
Suatu petang, Alif meminta kebenaran ibunya untuk keluar bermain di taman bersama rakan-rakan lain.
Alif nak main bersama.
Mana boleh. Kami tak nak kawan dengan budak kurang upaya.
Kawan-kawan tak baik la ejek Alif begitu.
Alif pekak, alif pekak !
Tak, Alif bukan budak pekak sayang. Mari sini mama peluk.
Alif berasa sangat sedih kerana diejek oleh kawan-kawannya, kemudian dia terus pulang ke rumah.
Abang, apa yang patut kita buat ?
Jangan risau, abang akan cari jalan penyelesaian.
Di rumah, Alif menceritakan hal di taman tersebut kepada ibu dan bapanya.
Mama, Papa. Kawan Alif kata Alif budak pekak.
Sofea memujuk anaknya sambil mengusap kepala Alif. Sofea tidak mahu anaknya bersedih dan berasa terasing.
Sofea berasa risau akan keadaan anaknya dan berbincang bersama Haris untuk mencari jalan penyelesaian.
Haris dan Sofea membuat keputusan untuk memasukkan Alif ke sekolah pendidikan khas.
Dah mama.
Alif dah siap untuk ke sekolah ?
Hai, nama saya Alif.
Kenalkan ni Alif. Kawan baru awak semua.
Di sekolah, Alif diperkenalkan oleh guru kepada rakan-rakan sekelasnya.
Over 30 Million Storyboards Created
No Downloads, No Credit Card, and No Login Needed to Try!