Search
  • Search
  • My Storyboards

NUR AINA NAJWA

Create a Storyboard
Copy this Storyboard
NUR AINA NAJWA
Storyboard That

Create your own Storyboard

Try it for Free!

Create your own Storyboard

Try it for Free!

Storyboard Text

  • PENGENALAN DIRI
  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama diberi Nur Aina Najwa binti Shahrulnizam, dilahirkan di Kangar, Perlis dan kini menetap di Taiping, Perak. Saya merupakan anak ke-empat daripada enam orang adik beradik dan merupakan pelajar lepasan Kolej Matrikulasi Kedah yang telah mendapat PNGK sebanyak 4.0
  • PENCAPAIAN AKADEMIK KOKURIKULUM
  • Sepanjang pengajian saya, saya telah memegang beberapa jawatan iaitu Exco data untuk pengawas sekolah, pengerusi kelab STEM dan setiausaha Persatuan Puteri Islam. Disebabkan jawatan-jawatan yang disandang, saya mempunyai ciri kepimpinan yang baik. Saya juga merupakan seorang yang aktif dalam kokurikulum. Saya pernah menyertai Pertandingan Water Vision dan mendapat tempat kedua pada peringkat kebangsaan serta mendapat tempat ke-empat dalam pertandingan The Green Show peringkat negeri.
  • Disebabkan minat yang mendalam dalam subjek sains terutamanya kimia, sya memilih kursus ijazah sarjana muda sains kimia di Universiti Sains Malaysia.
  • KURSUS PILIHAN
  • Saya mahir dalam pengucapan awam,saya juga mahir dalam menggunakan perisian komputer seperti microsoft word,excel,powerpoint,canva,dan capcut.Saya juga boleh berkomunikasi dalam 2 bahasa utama iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • USM adalah universiti pilihan pertama saya kerana USM masih mengekalkan kedudukannya sebagai universiti keempat terbaik dunia dalam senarai terkini The Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023. Selain itu, USM diiktiraf sebagai universiti APEX atau Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan yang pertama di Malaysia selain turut diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan. Status USM jelas memberi keyakinan kepada diri saya dalam kecemerlangan akademik kelak.
  • KELEBIHAN DAN BAKAT
  • Saya mahir dalam menggunakan perisian komputer seperti microsoft word, powerpoint dan excel bagi memudahkan saya menyiapkan tugasan yang diberi. Saya bukan sahaja mahir dalam perisian komputer malah saya juga mahir mengendalikan alatan-alatan makmal semasa melakukan eksperimen. Saya juga boleh berkomunikasi dengan baik dalam dua bahasa utama iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inngeris.
  • KEKUATAN DIRI
  • Antara kekuatan diri saya ialah saya mempunyai keupayaan untuk memipin dan bekerjasama dalam kumpulan. Saya juga mudah bersosial dengan orang yang baru dikenali. Di samping itu, saya seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin dalam melakukan tugasan yang diberi serta berfikiran kritis sebelum membuat keputusan.
  • CARA PERHUBUNGAN
  • Sekiranya saya menepati kelayakan,tuan puan boleh menghubungi saya di nombor telefon dan alamat emel yang berikut
Over 30 Million Storyboards Created